My Add

Thursday, 30 May 2013

Tahap kefahaman perubatan, isu fikah masih rendah

KEPALA BATAS, RABU, 29 Mei, 2013: Kefahaman umat Islam di negara ini mengenai kaitan amalan perubatan moden dengan isu-isu fikah masih berada di tahap rendah.

Pengarah Konvensyen Islam dan Isu-Isu Fikah Perubatan, Mahizan Mat Lazim berkata, perkara itu memandangkan amalan perubatan Islam sering disalah tafsir dengan meminggirkan perubatan moden sedia ada.

Beliau berkata, bagi menerangkan kaitan itu, penganjuran konvensyen Perubatan Islam dan Isu-Isu Fikah Perubatan dilihat antara saluran sesuai dalam memberi penjelasan kepada umat Islam berhubung isu berkenaan.

"Antara isu yang sering timbul ialah pesakit beragama Islam yang perlu menerima suntikan vaksin yang mengandungi unsur babi berasa was-was dan tidak mahu menerima rawatan berkenaan.

"Perkara ini berlaku kerana mereka tidak mendapat penjelasan sebenar dan sebab itu kita adakan konvensyen yang membincangkan perubatan Islam dan isu-isu fikah perubatan kepada pakar perubatan dan paramedik supaya mereka boleh menyalurkan maklumat berkenaan kepada pesakit di hospital," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Konvensyen Perubatan Islam dan Isu-Isu Fikah Perubatan peringkat Kebangsaan 2013 di sini hari ini.

Majlis perasmiannya disempurnakan Ketua Penolong Pengarah (Perubatan) Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Sabri Othman.

Konvensyen yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri kira-kira 530 pakar perubatan dan paramedik dari seluruh negara.

Menurut Mahizan, sebanyak enam kertas kerja dan satu diskusi buku berkaitan isu fikah perubatan dibentangkan dalam konvensyen itu.

Katanya, antara pembentang ialah Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Terengganu, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan tajuk Ubat-Ubatan dan Vaksin Bernajis dalam Perubatan.

Sehubungan itu, beliau yakin hasil pembentangan tersebut mampu memberi pemahaman kepada pakar perubatan supaya mudah memberi penjelasan kepada pesakit beragama Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment