My Add

Friday, 24 May 2013

Untung MISC melonjak kepada RM354.7 juta

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 23 Mei, 2013: MISC Bhd. mencatatkan peningkatan keuntungan pracukai RM354.72 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2013 berbanding RM139.40 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Perolehan syarikat meningkat 7.7 peratus kepada RM2.38 bilion, berbanding RM2.21 bilion sebelum ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, konglomerat perkapalan itu berkata, peningkatan keuntungan pracukai itu sebahagian besarnya disumbangkan berikutan peningkatan keuntungan operasi dan penurunan jumlah kerosakan kapal.

Tambahan pula, peningkatan perolehan sebahagian besarnya adalah berikutan kenaikan perolehan yang dicatatkan oleh bahagian kejuruteraan hasil pertambahan bilangan projek, yang disatukan dengan permulaan pajakan dua unit storan terapung projek pengegasan semula gas asli cecair (LNG) pada Ogos tahun lepas.

Mengenai prospeknya, syarikat itu berkata, ia menjangka 2013 akan menjadi tahun mencabar bagi industri perkapalan dengan pertumbuhan permintaan yang kecil, turun naik harga minyak dan kapasiti lebihan perkapalan.

"Bagaimana pun, kontrak jangka panjang LNG dan perniagaan luar pantai akan terus menyediakan kestabilan kepada kumpulan itu," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment