Oleh NOOR HANIS HARUN
KUALA PILAH, SABTU, 01 Jun, 2013: Seramai 200 penduduk di kawasan ini mengadakan perhimpunan aman bagi membantah tindakan parti pembangkang yang menganjurkan perhimpunan haram Blackout 505 yang diketuai oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka berhimpun di Padang Majlis Daerah Kuala Pilah dengan membawa pelbagai sepanduk membantah tindakan pembangkang selain mengikat lilit di kepala.
Wakil penduduk berkenaan, Shamsuddin Mohd. Akhir, 59, memberitahu, mereka menentang sebarang tunjuk perasaan oleh pihak pembangkang yang mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau berkata, penduduk Kuala Pilah yang hadir dalam perhimpunan aman hari ini adalah untuk mempertahankan negara daripada sebarang anasir jahat.
"Kami semua di Kuala Pilah amat bersyukur dengan kemenangan BN dalam pilihan raya lalu dan akan terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin negara.
"Kami juga tidak akan berdiam diri dan menutup mata sekiranya ada pihak yang ingin menganggu ketenteraman yang telah sekian lama rakyat kecapi di bawah pemerintahan kerajaan BN," katanya.
Jelasnya, rakyat Malaysia seharus bersyukur kerana diberi peluang untuk memilih pemimpin yang mereka mahu menerusi saluran demokrasi tanpa sebarang gangguan.
"Takkan kita mahu seperti waktu pilihan raya di Pakistan yang rakyatnya dikawal oleh tentera serta ancaman letupan bom ada di mana-mana sewaktu mereka mengundi. Mereka mengundi dalam ketakutan," katanya.
Beliau seterusnya berharap agar masyarakat tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang itu khususnya Anwar memandangkan kerajaan sedia ada adalah dipilih oleh rakyat. - UTUSAN
*SEBAHAGIAN daripada penduduk Kuala Pilah mengadakan perhimpunan aman membantah perhimpunan haram anjuran pembangkang di Padang Majlis Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam. |
Mereka berhimpun di Padang Majlis Daerah Kuala Pilah dengan membawa pelbagai sepanduk membantah tindakan pembangkang selain mengikat lilit di kepala.
Wakil penduduk berkenaan, Shamsuddin Mohd. Akhir, 59, memberitahu, mereka menentang sebarang tunjuk perasaan oleh pihak pembangkang yang mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.
Beliau berkata, penduduk Kuala Pilah yang hadir dalam perhimpunan aman hari ini adalah untuk mempertahankan negara daripada sebarang anasir jahat.
"Kami semua di Kuala Pilah amat bersyukur dengan kemenangan BN dalam pilihan raya lalu dan akan terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin negara.
"Kami juga tidak akan berdiam diri dan menutup mata sekiranya ada pihak yang ingin menganggu ketenteraman yang telah sekian lama rakyat kecapi di bawah pemerintahan kerajaan BN," katanya.
Jelasnya, rakyat Malaysia seharus bersyukur kerana diberi peluang untuk memilih pemimpin yang mereka mahu menerusi saluran demokrasi tanpa sebarang gangguan.
"Takkan kita mahu seperti waktu pilihan raya di Pakistan yang rakyatnya dikawal oleh tentera serta ancaman letupan bom ada di mana-mana sewaktu mereka mengundi. Mereka mengundi dalam ketakutan," katanya.
Beliau seterusnya berharap agar masyarakat tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang itu khususnya Anwar memandangkan kerajaan sedia ada adalah dipilih oleh rakyat. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment