Hilmi Ismail |
Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, kerajaan selama ini dilihat terlalu berlembut dalam memenuhi kehendak pertubuhan itu sehingga mereka lantang mengkritik kerajaan.
Malah, menurut beliau, Dong Zong dilihat langsung tidak menghargai dan berterima kasih dengan niat baik kerajaan melantik wakil masyarakat Cina dalam barisan Kabinet di sebalik prestasi buruk MCA dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Mungkin sudah tiba masanya kerajaan lebih memikirkan tentang kepentingan kaum lain, khususnya orang Melayu yang selama ini banyak bersabar dengan kerenah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan akhbar Cina, Nanyang Siang Pau baru-baru ini berhubung kebimbangan Dong Zong terhadap pelantikan dua menteri berketurunan Cina dalam Kabinet, Senator Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Mary Yap Kain Ching yang didakwa pertubuhan itu tidak fasih berbahasa Mandarin.
Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Wilayah Persekutuan, Amir Atar berkata, hak melantik menteri merupakan kuasa penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakyat perlu menghormati keputusan tersebut.
Menurutnya, tindakan Dong Zong mempolitikkan isu itu seolah-olah mahu menyalakan api kemarahan rakyat khususnya masyarakat Cina supaya membenci kerajaan.
"Tiada peruntukan yang menyatakan seseorang menteri wajar fasih berbahasa Mandarin, cukup sekadar boleh berbahasa Melayu dengan baik untuk kelancaran urusan pentadbiran.
"Kerajaan hari ini mempunyai tanggungjawab besar membalas kepercayaan rakyat dengan bekerja, bukannya melayan orang yang tidak tahu bersyukur," katanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment