BPK 2013 berjaya raih 50,000 pengunjung
KUALA TERENGGANU, SABTU, 01 Jun, 2013: Kemuncak Bulan Pengguna Kebangsaan 2013 (BPK 2013) yang diadakan di Pantai Batu Buruk di sini mencatatkan lebih 50,000 pengunjung.
Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan selama tiga hari bemula 30 Mei lalu kepada pengunjung berjaya mencapai objektif memberi pendedahan mengenai kepentingan hak pengguna dan kepenggunaan.
Penyelaras Program BPK 2013, Zalinah Mohd. Yusof berkata, karnival kali ini berjaya mencapai sasaran melebihi 50,000 pengunjung.
"Setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh tiga hari mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
"Antara aktiviti tersebut termasuk pertandingan memancing, wau, dekorasi sayuran dan buahan segar serta ceramah Kepenggunaan Islam oleh Ustaz Kazim Elyas," katanya ketika ditemui di sini hari ini. - KOSMO!
No comments:
Post a Comment