My Add

Saturday, 1 June 2013

Isu keselamatan bot ekspres akan dibincangkan dalam masa terdekat

KUCHING, SABTU, 01 Jun, 2013: Kementerian Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak akan membincangkan aspek keselamatan bot ekspres pada satu mesyuarat bersama pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Menterinya, Datuk Seri Michael Manyin berkata, mesyuarat itu akan mencari langkah yang boleh diambil, antaranya bagi memastikan undang-undang dan peraturan berkaitan keselamatan penumpang dan operasi bot ekspres dikuat kuasa.

"Kita tidak boleh menuding jari kepada Lembaga Sungai Sarawak (LSS) dan lain-lain pihak berkuasa kerana bukan mudah untuk menguatkuasakan undang-undang di peringkat akar umbi," katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Hari Gawai anjuran Menteri Pembangunan Sosial, Tan Sri William Mawan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment