My Add

Wednesday, 19 June 2013

Kedah tubuh makmal transformasi ke arah negeri maju

ALOR SETAR, RABU, 19 Jun, 2013: Kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah makmal bagi merangka satu hala tuju dan pelan tindakan jangka masa panjang untuk mentransformasikan Kedah sebagai sebuah negeri maju dan makmur.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan idea dan cadangan pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri bagi menjayakan Makmal Transformasi Kedah tersebut.

Katanya, makmal yang dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) itu bakal beroperasi dalam satu tempoh tertentu bermula bulan depan.

''Saya yakin pendekatan ini dapat membnatu kita memikirkan satu strategi yang lebih menyeluruh mengenai kaedah terbaik untuk mengeksploitasi kelebihan sedia wujud di Kedah dan mengatasi kelemahan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment