My Add

Sunday, 2 June 2013

Kerajaan perlu input untuk Bajet 2014

IPOH, SABTU, 01 Jun, 2013; Kerajaan memerlukan input dari pelbagai pihak di negara ini bagi menyediakan Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan pada Oktober ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pihak yang mempunyai input tersebut termasuk golongan profesional dan pertubuhan bukan kerajaan boleh menyerahkan memorandum, e-mel atau kertas kerja kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

Katanya, langkah itu bagi memastikan bajet yang bakal dibentangkan memenuhi keperluan rakyat.

"Kita akan mengkaji input-input yang diberi secara teliti memandangkan kita mahu ia menjadi bajet rakyat. Maksudnya rakyat menyediakan kesemua maklumat dan apabila kita bentang bajet itu nanti, ia bukan sekadar bajet kerajaan tetapi bajet rakyat.

"Setakat ini, satu siri pertemuan kumpulan fokus sedang diadakan oleh Kementerian Kewangan untuk mengumpul maklumat dan input bagi bajet tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas program sarapan bersama penduduk Kampung Tengku Hussein, Manjoi di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment