My Add

Sunday, 2 June 2013

Pesara tentera diseru sertai PBTM

SEGAMAT, SABTU, 01 Jun, 2013: Penyertaan bekas anggota tentera sebagai ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) akan memudahkan pihak persatuan mengesan dan menyalurkan bantuan kepada golongan tersebut.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan menasihatkan bekas anggota tentera yang masih belum mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut agar berbuat demikian.

“Ini bagi memastikan nasib bekas anggota tentera akan terus terbela selepas mereka menamatkan perkhidmatan dan segala bantuan dapat disalurkan dengan mudah. Jika menjadi ahli persatuan, nasib keluarga mereka akan terus dibela dan diberi perhatian walaupun selepas mereka meninggal dunia.

“Sehingga kini PBTM mempunyai seramai 300,000 orang ahli di seluruh negara dan ini secara tidak langsung akan mengwujudkan satu rangkaian perhubungan yang cukup luas di kalangan mereka yang pernah sama-sama berjuang dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PBTM Segamat 2013 di Dewan Sebaguna Kampung Jawa, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengarah JHEV Johor, Leftenan Kolonel Mohd. Salleh Che Hassan; Yang Dipertua PBTM Johor, Onn Md Yassin dan Pengerusi PBTM Segamat, Baharum Manan.

Seramai 35 ahli PBTM Segamat menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai menghargai dan mengenang jasa mereka yang berjuang untuk negara dalam majlis itu.

Menurut Zulkiflee, masih ramai yang tidak tahu cara serta kelayakan untuk menjadi penerima pingat itu sedangkan mereka hanya perlu mendaftar sebagai ahli PBTM untuk dinilai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment