My Add

Saturday, 1 June 2013

Perbankan Malaysia kekal stabil

Oleh Fazrina Ayu Raduian 

 *AZMAN Hashim (kanan) menyaksikkan Nitin Jaiswak (kirii) menurunkan tandatangan sambil diperhatikan Lee Khee Joo pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara FSTEP dengan Bloomberg di Menara Takaful, Kuala Lumpur, semalam. - utusan/ASWAD YAHYA
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Mei, 2013: Kedudukan sektor perbankan di negara ini terus kukuh dan stabil meskipun berhadapan dengan cabaran dunia perbankan yang semakin kompetitif.

Pengerusi Institut Bank-bank Malaysia (IBBM), Tan Sri Azman Hashim berkata, pertumbuhan itu didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi.

"Industri perbankan di Malaysia adalah sangat kukuh dan stabil sekali gus kita positif dengan potensi dan pertumbuhan dalam industri perbankan, "katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani persefahaman antara Program Mengasah Bakat Sektor Kewangan (FSTEP) dan Bloomberg L.P di sini hari ini.

Perjanjian ini membolehkan peserta program untuk menggunakan kemudahan dan latihan di Bloomberg Malaysia.

Selain itu, kumpulan yang ke-10 program FSTEP turut diraikan dalam majlis itu.

Azman berkata, bagi mengorak langkah ke hadapan, bank tempatan harus melebarkan jaringan dan rangkaian ke luar negara supaya terus menyumbang kepada pertumbuhan masa depan.

"Perkembangan kedudukan yang kukuh akan membolehkan kita bersaing bukan sahaja di negara ini, malah ke peringkat global," katanya.

Sementara itu, Azman berkata, IBBM menyasarkan untuk membuka lima lagi kumpulan bagi program tersebut menjelang 2016.

"Kali ini terdapat juga peserta luar negara dari Indonesia, Kemboja, Thailand dan Pakistan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azman yang merupakan Pengerusi Kumpulan AmBank, berkata, perbincangan masih berlangsung berhubung tawaran AMMB Holdings Bhd. untuk membeli HwangDBS Investment Bank Bhd. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment