*SHARIFAH Hapsah Syed Hassan Shahabudin (kanan) mendengar penerangan daripada Mohammed Noor Embi (tengah) ketika melawat pameran sempena Syarahan Perdana Profesor Burkholderia pseudomallei dan GSK3 Antara Patogen dan Enzim Pengisyaratan di Kuala Lumpur, semalam. |
Pengarah Pusat Inovasi Kolaboratif Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohammed Noor Embi berkata, pesakit diabetes berisiko tinggi mendapat jangkitan itu kerana sistem imunisasi badan mereka yang lemah seterusnya memudahkan kuman dan virus menyerang.
"Bakteria B pseudomallei boleh memasuki tubuh seseorang melalui kesan luka pada kulit yang tersentuh secara langsung sama ada dengan tanah, lumpur atau air yang tercemar.
"Melioidosis merupakan ancaman yang kian serius memandangkan kes diabetes di rantau ini semakin meningkat," katanya ketika berucap dalam program Syarahan Perdana Profesor Burkholderia pseudomallei dan GSK3 Antara Patogen dan Enzim Pengisyaratan, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin.
Menurut Dr. Mohammed Noor, penyakit Melioidosis dikategorikan kepada empat jenis jangkitan iaitu jangkitan setempat, jangkitan pulmonari, jangkitan saluran darah dan jangkitan kronik.
"Jangkitan kronik boleh memberi kesan terhadap sendi, tulang, sistem nodus limfa, kulit dan organ dalaman," katanya.
Jelasnya, kumpulan penyelidikan multidisiplin di UKM dibentuk dan memulakan kajian mengenal pasti faktor kevirulenan B pseudomallei bagi menghasilkan kaedah diagnosis dan vaksin yang berkesan untuk penyakit tersebut.
"Usaha terkini ditumpukan terhadap kefahaman mengenai interaksi perumah-patogen sebelum berlakunya penyakit.
"Objektif utama kajian adalah untuk memahami kejadian peringkat molekul dan komponen pengisyaratan yang terlibat dalam gerak balas inflamasi pada peringkat awal infeksi berlaku,'' katanya.
Dr. Mohammed Noor berkata, kegiatan meneroka hutan dan pembangunan kawasan tanaman di negara ini secara tidak langsung akan menggalakkan pengeluaran kuman B pseudomallei. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment