My Add

Saturday, 1 June 2013

Terima keputusan PRU-13, mulakan khidmat

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 31 Mei, 2013: Pakatan pembangkang diseru menghormati serta menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan seterusnya mula berkhidmat kepada rakyat di kawasan yang dimenangi mereka.

Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie berkata, usaha pakatan pembangkang menganjurkan perhimpunan dan demonstrasi jalanan untuk menunjukkan rasa tidak puas hati atas kegagalan mereka adalah perkara sia-sia.

"Sedangkan ahli jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 akur dan menerima keputusan pilihan raya lalu malah menolak rancangan demonstrasi Bersih 4.0 yang hangat diperkatakan oleh pakatan pembangkang.

"Mengapa pakatan pembangkang lebih rela berdemonstrasi dan melanggar undang-undang sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara hanya demi menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang sah?," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Seai Kie, tindakan berdemonstrasi di negara jiran juga memalukan apabila pihak berkuasa Singapura mengambil tindakan terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan kerana mengadakan demonstrasi haram di republik itu sebagai membantah keputusan pilihan raya lalu.

"Malangnya, pakatan pembangkang masih tidak dapat menerima kegagalan mereka dan terus menolak keputusan pilihan raya yang diiktiraf secara meluas di peringkat global," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment