My Add

Monday 8 July 2013

10 mati van terjunam ke sungai

ISLAMABAD, ISNIN, 08 Julai, 2013: Seramai 10 orang terkorban di selatan negara ini, apabila sebuah van penumpang terjunam ke dalam sungai semalam.

Menurut jurucakap polis, Gul Baz, kejadian yang berlaku di daerah Dera Ghazi di tengah wilayah Punjab itu turut menyebabkan 10 orang cedera.

Katanya kejadian itu dipercayai berpunca daripada muatan lebih dan penglihatan yang samar ekoran hujan monsun.

Baz berkata, pasukan penyelamat telah menemui kesemua mayat dari sungai berkenaan. Nahas itu merupakan kali kedua di Punjab dalam tempoh beberapa hari lalu. - DPA/UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_10/10-mati-van-terjunam-ke-sungai#ixzz2YPSkH8Ml
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment