My Add

Monday 8 July 2013

Dua mangsa SARS di Arab Saudi

RIYADH, ISNIN, 08 Julai, 2013: Dua lagi meninggal dunia di Arab Saudi, semalam akibat virus seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), sekali gus menjadikan angka korban keseluruhan kini meningkat kepada 38 orang.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi dalam satu kenyataan berkata mangsa terbaharu itu merupakan seorang mangsa kanak-kanak dua tahun dari Jeddah dan seorang lelaki yang berusia 53 tahun dari wilayah timur.

Bagaimanapun kementerian turut melaporkan tiga pesakit disahkan dijangkiti sindrom pernafasan timur tengah (MERS) menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan kepada 65 orang sejak dikenalpasti setahun lalu. - REUTERS/UTUSAN

No comments:

Post a Comment