My Add

Friday 5 July 2013

11 maut virus H1N1 merebak di utara Chile

SANTIAGO, JUMAAT, 05 Julai, 2013: Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila virus H1N1 merebak di utara Chile di mana kadar jangkitan adalah lebih daripada enam kali ganda berbanding wilayah lain di negara berkenaan, kata pihak berkuasa, hari ini.

"Purata di seluruh negara ialah 24 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk tapi di Tarapaca sepanjang minggu lalu kadarnya ialah 148 pesakit bagi setiap 100,000 penduduk," kata Presiden Persatuan Perubatan, Enrique Paris.

Paris berkata, pihaknya mencadangkan supaya pesta keagamaan yang dijadualkan pada 15 hingga 17 Julai ini yang dijangka dihadiri 200,000 orang ditangguhkan atau dibatalkan. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment