My Add

Sunday 7 July 2013

2 anggota tentera maut dalam nahas

Oleh ROSMIZAN RESDI

 * KEADAAN kereta yang dinaiki empat askar dari 21 RAMD selepas merempuh sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan dalam kemalangan di Kampung Chica, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
KOTA BHARU, AHAD, 07 Julai, 2013: Dua anggota tentera Kem 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (21 RAMD) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terputus dua setelah merempuh sebuah treler yang berhenti di bahu jalan di Kampung Chicha, Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh malam tadi.

Kereta jenis Honda Accord itu sebelum kejadian dikatakan terbabas akibat gagal mengelak lalu melanggar belakang sebuah kereta di hadapan yang sedang membuat pusingan U.

Kedua-dua mangsa yang maut ialah Firdaus Abd. Rani, 23, dan Mohd. Norhamidi Ismail, 23, manakala dua lagi mangsa yang cedera ialah pemandu kereta itu, Ferdaus Che Fadzil, 25, dan penumpang belakang, Halim Hussain, 24. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment