My Add

Saturday 20 July 2013

2 orang awam maut serangan roket di sempadan Sinai

KAHERAH, SABTU, 20 Julai, 2013: Dua orang awam terbunuh manakala seorang lagi cedera selepas pejuang militan melepaskan tembakan roket ke arah pusat pemeriksaan sempadan Mesir di El-Arish, serta satu lagi serangan di utara bandar Sinai di utara.

Roket berkenaan turut memusnahkan kawasan kediaman kerana dikatakan tersalah sasar, menyebabkan seorang daripada yang terbunuh, putus kaki dan menghancurkan kepala mangsa.

Dua balai polis turut menjadi sasaran tembakan machine gun, demikian menurut sumber pasukan keselamatan.

Helikopter Apache kelihatan berlegar-legar di kawasan pejuang militan selepas serangan berkenaan.

Terdahulu, lelaki bersenjata melepaskan tembakan sehingga mencederakan seorang askar di pusat pemeriksaan sempadan, kira-kira 40 kilometer di timur Gaza.

Tentera Mesir semakin meningkatkan serangan terhadap militan Islam di utara Sinai selepas berlakunya keganasan berikutan penggulingan Presiden Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment