My Add

Saturday 20 July 2013

Kanak-kanak maut lintas jalan beli juadah berbuka

SERI MANJONG, SABTU, 201 Julai, 2013: Seorang kanak-kanak yang sedang menunggu untuk melintas jalan bagi membeli juadah berbuka puasa di seberang jalan rumahnya, maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Kampung Permatang Jalan Teluk Rubiah petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, sebuah kereta yang cuba memotong deretan kenderaan di depannya terbabas sebelum merempuh Mohammad Darwisy Rahman Mohmmad Daliman, 12.

Bapa mangsa, Mohmmad Daliman Shaari, 50, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu parah di kepala selepas kepalanya terhentak atas jalan raya dibawa ke Hospital Seri Manjung dan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi. - BH

No comments:

Post a Comment