My Add

Friday 5 July 2013

2 wanita kena 15 tahun sabit kematian peniaga barang lusuh

IPOH, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhi hukuman 15 tahun penjara terhadap dua wanita yang menyebabkan kematian seorang peniaga barangan lusuh di sebuah hotel bajet di sini, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd Ghani, menjatuhi hukuman itu terhadap S Piriyatarschini, 24, dan M Sri Saraswathi, 31 , berkuatkuasa tarikh tangkapan iaitu 25 Mei 2010 selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan hingga menyebabkan kematian B B Thangaraja, 41, di sebuah bilik di Hotel Dragon & Phoenix, 23-25, Jalan Toh Puan Chah, di sini, pada jam kira-kira 6.30 petang hingga 7.30 petang, 10 Mei 2010.

Oleh itu, tertuduh melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum mengikut seksyen berkenaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun penjara dan didenda.

Tuduhan asal ke atas mereka adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh. - BH

No comments:

Post a Comment