My Add

Friday 5 July 2013

BN siap sedia hadapi PRK Kuala Besut: Ahmad Said

 KUALA TERENGGANU, KHAMIS, 04 Julai, 2013: Barisan Nasional (BN) Terengganu kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, walaupun terdapat ura-ura parti pembangkang akan memulaukannya.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata beliau tidak kisah sama ada DAP atau PAS mengadakan pakatan untuk memulau pilihan raya itu.

"Namun, kita BN telah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil itu. Kita sudah mengemukakan tiga nama anak tempatan dan sudah dihantar kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukanya," katanya ketika ditemui pada majlis pemasyhuran Istana Syarqiyyah, istana baru Sultan Terengganu di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil itu akan diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Abdul Rahman Mokhtar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyrakat Terengganu, akibat kanser paru-paru, pada 26 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Allahyarham mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut yang dimenanginya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 mengatasi calon PAS, Napisah Ismail. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment