My Add

Wednesday 24 July 2013

49,843 kemalangan tempat kerja 2012-Mac 2013

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Julai, 2013; Sebanyak 49,843 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan sejak tahun 2012 hingga Mac tahun ini, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, kemalangan maut membabitkan 582 kes pada tahun lepas manakala 82 kes bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Ismail berkata, kemalangan di tempat kerja berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti sistem keselamatan yang tidak berkesan, tiada penilaian risiko secara menyeluruh, latihan tidak mencukupi kepada pekerja, selain sikap pekerja yang tidak mementingkan soal keselamatan.

"Antara sektor yang terlibat ialah pembuatan dan pembinaan, pengilangan, perlombongan, pertanian, perhutanan, perikanan, pengangkutan dan perkhidmatan kepada orang awam," katanya menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment