My Add

Tuesday 9 July 2013

6 langkah bela nasib kakitangan Kuin diumum

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH

ALOR SETAR, SELASA, 09 Julai, 2013: Kerajaan Kedah bersetuju melaksanakan enam perkara bagi menambah baik Kolej Universiti Insaniah (Kuin) termasuk akan menjadikan kolej universiti itu sebagai sebuah badan berkanun negeri.

Kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Kuin juga dikatakan bersetuju menerima pakai beberapa pekeliling perkhidmatan demi kebajikan dan masa depan warga institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri berkenaan.

Utusan Online difahamkan, pengumuman mengenainya dibuat Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dalam pertemuan dengan kakitangan Kuin petang semalam.

Sebelum ini, kakitangan kolej universiti itu menerusi Skuad Bersih Kuin dilaporkan berjuang bagi mendapatkan semula hak dan kebajikan mereka yang berlarutan sejak pertengahan tahun lalu.

Isu kebajikan pekerja Kuin menjadi perhatian mulai Mei tahun lalu apabila wujud dakwaan bahawa Kuin menghadapi krisis kewangan hingga mengakibatkan kakitangan teraniaya.

Pada 19 Jun tahun sama, kakitangan kolej tersebut mengemukakan memorandum tuntutan berkaitan dan pada 27 Jun pula, kira-kira 15 kakitangan membuat lima laporan polis terhadap pengurusan kolej itu yang didakwa tidak amanah menguruskan bayaran wang pekerja kepada institusi kewangan selaku pihak ketiga, meskipun gaji mereka dipotong setiap bulan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment