My Add

Tuesday 9 July 2013

Wanita nyaris maut disondol babi hutan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL, SELASA, 09 Julai, 2013: Seorang warga emas nyaris maut selepas diserang seekor babi hutan ketika dalam perjalanan ke rumah jirannya di Kampung Bayai Lama, Serting dekat sini semalam.

Kejadian pukul 4.30 petang itu mengakibatkan Saerah Hassan, 82, cedera di tangan kiri akibat digigit haiwan berkenaan selain luka di beberapa anggota badan.

Menurut jirannya, Mastura Jamaludin, 39, ketika kejadian mangsa berjalan kaki berseorangan di laluan utama kampung tersebut berhampiran sebuah kebun getah.

"Tiba-tiba muncul seekor babi hutan dianggarkan seberat 70 kilogram pantas menyondol mangsa sehingga bajunya terkoyak.

"Mangsa kemudian terjatuh sebelum babi berkenaan menggigit tangan kirinya sehingga parah. Kebetulan ketika itu ada penduduk kampung yang lalu di kawasan tersebut segera menyelamatkan mangsa," katanya ketika ditemui hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment