My Add

Tuesday 16 July 2013

6.6% individu muflis pemilik kad kredit

Ahmad Maslan 
KUALA LUMPUR, ISNIN, 15 Julai, 2013: Seramai 1,284 pengguna diisytiharkan bankrap akibat hutang kad kredit iaitu 6.6 peratus daripada 19,575 jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis tahun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, bagi tempoh Januari hingga Mac lalu pula, seramai 257 orang atau 5.2 peratus pengguna kad kredit diisytihar muflis daripada 4,925 yang diisytihar bankrap.

"Di samping itu, isu tentang hutang isi rumah adalah pada paras 82.9 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Hutang kad kredit hanya merupakan 4.5 peratus dari hutang isi rumah negara berbanding dengan 5.2 peratus pada 2010," katanya menjawab soalan Datuk Ir. Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Nawawi ingin tahu sama ada kerajaan boleh meluluskan pengeluaran skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kalangan pengguna kad kredit untuk melangsaikan hutang, seterusnya mengelakkan mereka daripada diisytihar bankrap.

Ahmad menjelaskan, cadangan itu tidak selaras dengan objektif dan prinsip KWSP sebagai sebuah organisasi keselamatan sosial yang menyediakan simpanan untuk persaraan ahli.

"Pengeluaran yang dibenarkan skim KWSP adalah bagi tujuan berkaitan persaraan atau menambah nilai simpanan untuk persaraan," tegasnya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment