My Add

Sunday 21 July 2013

8 mayat dijumpai berdekatan pantai Pulau Bahama

NASSAU (Bahamas), AHAD, 21 Julai, 2013: Lapan mayat dan sebuah bot karam dijumpai berdekatan pantai Pulau Grand Bahama hari ini, demikian menurut pihak berkuasa Bahamas.

Polis berkata, pihaknya percaya mangsa, termasuk seorang budak lelaki, adalah pendatang tanpa izin yang cuba memasuki Amerika Syarikat secara haram.

Kesemua mereka dipercayai mati lemas namun punca kematian masih dalam siasatan.

Pulau Grand Bahama terletak kurang 161 kilometer di timur Florida. - AP/BH

No comments:

Post a Comment