My Add

Saturday 27 July 2013

Abe cadang rundingan dengan China selesai hubungan dua hala

SINGAPURA, SABTU, 27 Julai, 2013: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam mencadangkan supaya diadakan rundingan peringkat tertinggi dengan melibatkan sama ada pemimpin-pemimpin China mahupun menteri luarnya.

Abe semasa dalam rangka lawatan ke Singapura berkata, rundingan itu perlu diadakan dalam masa terdekat tanpa sebarang prasyarat.

Katanya, hubungan antara dua negara berjiran itu adalah `saling menguntungkan’ dan perlu dikembalikan seperti sedia kala.

Hubungan antara dua negara kuasa besar Asia itu agak tegang sejak kebelakangan ini berikutan tuntutan bertindih kedua negara tersebut ke atas sebuah kepulauan di Laut China Timur. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment