My Add

Wednesday 17 July 2013

Ahli Parlimen gesa duta Vatican City diusir

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mahu kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino ekoran kenyataannya yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat negara ini.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, duta seperti itu tidak diperlukan di Malaysia yang merupakan sebuah negara berdaulat.

Tindakan Marino itu jelas beliau, adalah mengecewakan kerana secara tiba-tiba beliau campur tangan mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

"Saya minta kerajaan bertanya kepada dia, adakah dia juga akan berjumpa dengan Pope di Itali supaya Pope menyuruh seluruh umat Kristian di seluruh dunia menggunakan kalimah Allah. Mungkin dia mengambil kesempatan di atas ketegangan agama di sini.

"Saya minta kerajaan ambil tindakan yang tegas. Usir dia dari negara ini kerana kita tidak memerlukan dia berada di sini kerana dia memecah-belahkan perpaduan, bangsa dan agama kita,'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2013 di Dewan Rakyat, hari ini.

Isu itu dibangkitkan ekoran wawancara Marino dengan sebuah portal berita di negara ini yang menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Marino memuji hujah-hujah dikemukakan Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan Allah dalam teks dirujuk kepada God. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment