My Add

Wednesday 24 July 2013

Ahli perniagaan nyaris maut ditembak selepas joging

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

KLUANG, RABU, 24 Julai, 2013: Seorang ahli perniagaan nyaris maut selepas hanya mengalami kecederaan di badan walaupun ditembak beberapa das dari jarak dekat di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa yang berusia 46 tahun dikatakan baru selesai berjoging dan berada di dalam kereta sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal yang melepaskan beberapa das tembakan mengenai badan mangsa.

Bagaimanapun, cubaan suspek yang dipercayai ingin membunuh mangsa gagal apabila lelaki terbabit berjaya memecut keretanya sejauh lebih tiga kilometer untuk mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment