My Add

Wednesday 24 July 2013

Pembinaan MRT: 3 jalan ditutup mulai malam ini

KUALA LUMPUR, Rabu, 24 Julai, 2013: Sebahagian daripada lorong di tiga jalan di ibu negara akan ditutupsementara bermula malam ini bagi memberi laluan kepada pembinaan projek MRT.

Menurut kenyataan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) hari ini, penutupan itu membabitkan Jalan Damansara, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Cheras.

Penutupan di Jalan Damansara yang membabitkan jarak 450 meter bermula dari bekas tapak stesen minyak Caltex hingga tangki air Syabas (arah Kuala Lumpur) akan berlangsung sehingga 7 Ogos.

Penutupan bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi, kata kenyataan itu.

Penutupan di Jalan Bukit Bintang pula membabitkan laluan di hadapan bekas bilik pameran Porsche yang bermula esok hingga 29 Ogos ini, dari pukul 11 malam hingga 5 pagi.

Di Jalan Cheras, penutupan membabitkan laluan berhampiran Stesen LRT Maluri yang akan bermula esok sehingga 1 Ogos, dari 10 malam hingga 5 pagi.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web www.mrt.com.my atau www.mymrt-underground.com.my, Twitter @MRTMalaysia atau Twitter @MyMRT Underground atau menghubungi MRT Hotline di 1-800-82-6868. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment