My Add

Wednesday 10 July 2013

Anggota secukupnya kawal keadaan PRK DUN Kuala Besut

IPOH, SELASA, 09 Julai, 2013: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan keanggotaan secukupnya bagi mengawal keadaan dan memastikan keselamatan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu, pada 24 Julai ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan memastikan proses pilihan raya itu berja lan lancar.

"Saya juga akan mengadakan lawatan dan tinjauan ke Kuala Besut esok (hari ini) bagi melihat perkembangan serta keperluan di kawasan itu. Apa pun saya tegaskan PDRM sudah bersedia untuk menghadapi PRK itu," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Pemerhati Udara PGU PDRM di Pangkalan Latihan PGU, di sini. - BH

No comments:

Post a Comment