My Add

Wednesday 10 July 2013

Program khas sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Besut

KUALA TERENGGANU, SELASA, 09 Julai, 2013: Jabatan Penyiaran Malaysia Terengganu menyusun rancangan khas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut selama dua minggu dari 11 hingga 24 Julai ini.

Pengarahnya, Azizah Mohd Yusoff, berkata rancangan khas ini adalah liputan sepanjang berlangsungnya kempen sehingga hari pengundian dengan mengadakan lintas langsung enam jam sehari pada waktu tertentu di sebuah resort di Kuala Besut dan di lokasi yang ditetapkan.

"Kita akan bersiaran langsung melalui Radio Malaysia Terengganu (Tfm) di Bukit Pak Apil dan ada masanya kita akan bersiaran dan berlintas langsung di Kuala Besut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini hari ini.

Beliau berkata, 15 petugas dari jabatan berkenaan akan bertugas pada pilihan raya kecil ini dan akan turut dibantu rakan setugas mereka dari Jabatan Penyiaran Malaysia Kuala Lumpur.

Azizah berkata selain liputan kempen, program khas itu bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang keprihatinan kerajaan terhadap rakyat di negeri ini.

Katanya Radio Malaysia Kelantan (Kfm) akan turut berlintas langsung pada pilihan raya kecil ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment