My Add

Sunday 7 July 2013

AS tak sokong mana-mana parti, kumpulan di Mesir - Obama

 
WASHINGTON, AHAD, 07 Julai, 2013: Presiden Barack Obama mengulangi kenyataan bahawa Amerika Syarikat (AS) tidak bersekutu atau menyokong mana-mana parti politik dan kumpulan di Mesir.

Malah, AS katanya tetap dengan pendirian mengutuk keras keganasan yang sedang berlaku di Mesir ketika ini.

Obama menyatakan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai Mesir, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Rumah Putih hari ini.

Obama kini menghabiskan hujung minggunya di kediaman presiden di Camp David, Maryland.

“Amerika Syarikat menolak keras dakwaan oleh sesetengah pihak di Mesir bahawa kami bekerjasam dengan parti politik tertentu atau pergerakan bagi merencanakan peralihan kuasa yang sepatutnya berlaku," kata kenyataan Rumah Putih itu.

“Kami tetap komited dengan rakyat Mesir dan kehendak mereka terhadap demokrasi, peluang ekonomi dan kedaulatan. Namun untuk masa depan Mesir, ia hanya ditentukan oleh rakyat Mesir," katanya. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment