My Add

Sunday 7 July 2013

Kereta api barang meletup di Quebec, 30 bangunan terbakar


 * KEPULAN asap yang naik dalam letupan besar selepas kereta api yang sarat dengan muatan minyak tergelincir di Wilayah Quebec, Kanada, hari ini. - Foto AP

 
LAC MEGANTIC, AHAD, 07 Julai, 2013: Sebuah kereta api yang sarat dengan muatan minyak tergelincir di Wilayah Quebec, Kanada, hari ini menyebabkan letupan besar berlaku dengan kira-kira 30 bangunan terbakar dan sekurang-kurangnya seorang terbunuh.

Nahas yang memersikkan beberapa bebola api ke udara itu juga menyebabkan berpuluh lagi dilaporkan hilang dan memaksa lebih 2,000 terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Api dilaporkan masih marak meskipun kebakaran sudah beberapa jam berlaku di kawasan nahas yang terletak di Lac-Megantic, kira-kira 250 kilometer di timur Montreal, bersempadan dengan Maine di Amerika Syarikat.

Saksi berkata, mereka menyaksikan enam letupan besar berlaku sepanjang malam.

Michel Brunet, jurucakap polis Wilayah Quebec, berkata sekurang-kurangnya seorang terbunuh setakat ini.

Stesen Radio-Canada melaporkan, kira-kira 60 orang dilaporkan cedera apabila letupan berlaku di pekan yang didiami kira-kira 6,000 penduduk itu - AGENSI

No comments:

Post a Comment