My Add

Thursday 25 July 2013

AS tangguh hantar pesawat F-16 kepada Mesir: Pentagon

WASHINGTON, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Amerika Syarikat memutuskan untuk menangguh rancangan membekalkan Mesir dengan empat pesawat pejuan F-16 tambahan berikutan konflik yang melanda negara itu sehingga mencetuskan ketidakstabilan.

Jurucakap Pentagon, George Little berkata, berdasarkan situasi semasa di Mesir, AS berpendapat ketika ini adalah tidak berapa sesuai untuk membekalkan serta menghantar pesawat pejuang F-16 ke negara itu.

"Kami kekal komited kerjasama AS-Mesir akan menjadi asas kepada jalinan strategik antara kedua-dua negara dan menjadi tunjang kepada kestabilan di rantau itu," katanya di sini, hari ini.

Di bawah perjanjian bernilai AS$2.5 bilion yang dimeterai pada 2010 antara kedua-dua negara, AS komited untuk membekalkan 20 pesawat pejuan F-16 kepada Mesir.

Awal tahun ini, AS sudah menghantar empat pesawat F-16 dan sepatutnya empat lagi pesawat berkenaan dijadualkan dihantar pada akhir bulan ini. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment