My Add

Thursday 25 July 2013

William-Kate namakan putera sulung George Alexander Louis

LONDON, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Teka-teki nama yang akan diberikan pasangan diraja Britain iaitu Putera Willian dan isterinya, Kate Middleton terjawab apabila putera sulung mereka dinamakan George Alexander Louis.

Susulan pengumuman itu, ia menyaksikan William-Kate mengekal tradisi nama keluarga diraja apabila menggunakan nama George yang pernah digunakan enam raja England sebelum ini.

Malah, George adalah nama yang menjadi pilihan utama ketika spekulasi mengenainya diperkatakan ramai pihak kerana ia adalah nama bapa kepada Ratu Elizabeth II, Raja George VI (keenam) yang memerintah antara 1936 hingga 1952 sebelum mangkat. - AFP/BH 






No comments:

Post a Comment