My Add

Tuesday 9 July 2013

Balu bekas ADUN disamun

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR

KUALA PILAH, ISNIN, 08 Julai, 2013: Balu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Datuk Hamzah Yatim melalui detik mencemaskan selepas diikat tiga suspek bersenjatakan parang yang memecah masuk rumahnya di Kampung Eyor, Johol di sini awal pagi ini.

Mangsa, Datin Zaleha @ Zabariah Abdul Majid, 67, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, dia sedang tidur seorang diri di tingkat atas sebelum terdengar bunyi bising di bawah.

Menurutnya, kerana curiga dia turun untuk melihat apa yang berlaku sebelum ternampak kelibat tiga lelaki berada di ruang tamu.

"Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai topeng terus menerkam ke arah saya dan terus meletakkan sebilah parang di leher serta mengarahkan saya supaya diam.

"Suspek kemudian membawa saya masuk ke dalam bilik air sebelum mengikat tangan dan kaki saya dengan dawai selain menutup mulut saya dengan kain," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment