My Add

Tuesday 9 July 2013

Musa Aman umrah sehingga 16 Julai

KOTA KINABALU, ISNIN, 08 Julai, 2013: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman akan menunaikan ibadah umrah mulai hari ini sehingga 16 Julai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Akhbar Jabatan Ketua Menteri Sabah di sini hari ini, turut sama dalam rombongan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

"Pada kesempatan ini juga, saya dan keluarga mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam khususnya di Sabah.

"Semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini," menurut Musa dalam kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment