My Add

Thursday 25 July 2013

Bas Rapid diperluas ke Kota Bharu tahun ini

PULAU PINANG, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) kini dalam perancangan untuk meluaskan perkhidmatannya ke seluruh negara secara berperingkat mulai tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Zohari Sulaiman berkata, pelan berkenaan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu menyediakan perkhidmatan awam terbaik, cekap dan berkualiti kepada rakyat.

"Untuk tahun ini, syarikat telah merancang untuk memulakan perkhidmatan di Kota Bharu, Kelantan dan persediaan awal telah dibuat namun ditangguhkan seketika.

"Selepas kerajaan memberi lampu hijau, projek berkenaan dijangka bermula tahun ini juga bagi memastikan penduduk di negeri berkenaan mendapat manfaat.

"Selain itu, beberapa ibu negeri lain juga bakal dilengkapi dengan sistem pengangkutan Rapid Bus," katanya selepas majlis berbuka puasa di sini malam tadi.

Zohari berkata, ketika ini perkhidmatan Rapid Bus yang beroperasi di ibu negara, Pulau Pinang dan Kuantan memberi manfaat kepada ratusan ribu pengguna setiap hari yang menggunakan pengangkutan awam berkenaan.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, antara bandar dan ibu negeri yang dijangka disediakan sistem pengangkutan Rapid Bus ialah Ipoh, Seremban, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

"Ia selaras dengan slogan Janji Ditepati yang dilaungkan kerajaan dan sebenarnya kita mempunyai pelan yang lebih menyeluruh iaitu mahu meluaskan perkhidmatan di setiap negeri," katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment