My Add

Thursday, 25 July 2013

Skali capai 90 peratus sasaran perolehan

Oleh FAIRUS KASSIM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Syarikat penyelesaian teknologi maklumat (IT), Skali Group Malaysia (Skali) telah berjaya mencapai lebih 90 peratus sasaran perolehannya tahun ini iaitu sebanyak RM70 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tengku Farith Rithauddeen berkata, pencapaian memberangsangkan berkenaan akan membantu hasrat kumpulan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia tidak lama lagi.

"Kami menyasarkan untuk menyenaraikan syarikat pada hujung tahun ini atau tahun hadapan.

"Ketika ini masih di peringkat menilai kewangan syarikat dan bersedia untuk memenuhi syarat-syarat ketat Suruhanjaya Sekuriti sebelum membuat sebarang permohonan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi penerangan bersama media mengenai kepentingan media sosial kepada perniagaan di Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas mengenai peranan media sosial tersebut, Tengku Farith berkata, ketika ini kebanyakan perniagaan sudah mula menggunakannya sebagai medium perhubungan dengan pelanggan, namun penggunaannya masih belum menyeluruh.

Menurutnya, media sosial seperti Facebook misalnya menawarkan pelbagai perkhidmatan yang menjurus kepada alat bantu perniagaan dari segi pemasaran tetapi tidak ramai tahu menggunakannya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment