My Add

Thursday 25 July 2013

Bertindak terhadap SIS - Isma

KUALA LUMPUR, RABU, 24 Julai, 2013: Pihak berkuasa agama digesa melakukan siasatan dan mengambil tindakan ke atas Sisters In Islam (SIS) kerana mempertikaikan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, tindakan Sis itu sama seperti perbuatan menghina Islam kerana fatwa adalah hukum agama yang diputuskan berdasarkan nas al-Quran, hadis dan sumber hukum lain termasuk ijtihad oleh mufti.

''Isu pokoknya adalah tentang aurat. Bab hukum aurat ini sememangnya sudah diketahui oleh semua umat Islam, tidak perlu difikir dan dikaji lagi.

''Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menguatkuasakan hukum sedia ada, bukannya mengeluarkan hukum yang baharu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Sis yang mempertikaikan pengeluaran fatwa di Malaysia dalam isu ratu cantik dengan menyifatkannya sebagai tidak islamik dan demokratik di laman portal berita FMT, semalam.

Abdullah Zaik berkata, tindakan Sis yang sering bersikap prejudis terhadap Islam itu disifatkan sebagai 'merosakkan Islam dari dalam' kerana golongan tersebut mengaku Islam, namun meletakkan hukum logik dan akal lebih tinggi daripada al-Quran dan hadis. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment