My Add

Sunday 28 July 2013

Bomba Pusat siasat punca 4 kebakaran di Sibu

Oleh FARHANA JONI

KOTA SAMARAHAN, AHAD, 28 Julai, 2013: Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menghantar pasukan khas dari ibu pejabatnya di Putrajaya untuk menyiasat kebakaran yang sering berlaku di Sibu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kebakaran yang berlaku tidak akan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya pihak jabatan akan mencari punca masalah dengan mengumpul data, pendapat dan pandangan.

"Kita akan melakukan siasatan terperinci. Apa yang penting adalah kita harus mengetahui kenapa kebakaran di Bahagian Sibu sering berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri di Balai Bomba dan Penyelamat di sini semalam.

Empat kebakaran berlaku di Sibu dalam tempoh sebulan bermula dengan kebakaran besar yang memusnahkan lebih 60 rumah di Kampung Datu dan Kampung Hilir pada 19 Jun lalu.

Diikuti pada 15 Julai, sebanyak 16 rumah kedai musnah dan keesokannya, sederet rumah kayu di Jalan Tiong Hua pula ranap.

Insiden keempat pula pada 18 Julai, apabila dua rumah kedai dua tingkat di Jalan Channel musnah dalam kebakaran iaitu hanya 100 meter daripada lokasi kebakaran kedua. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment