My Add

Sunday 7 July 2013

Calon BN diumum Selasa ini

KUALA TERENGGANU, SABTU, 06 Julai, 2013: Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 9 Julai ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pengumuman itu akan dilakukan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut

Bagi PRK Kuala Besut, Muhyiddin dilantik sebagai Pengarah PRK Kuala Besut yang mana tarikh penamaan calon diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam pada 12 Julai 2013 manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai 2013. - BH

No comments:

Post a Comment