My Add

Thursday 25 July 2013

Dakwaan Pemuda lesu tidak berasas

RAUB, RABU, 24 Julai, 2013: Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak pihak yang mendakwa pergerakan itu sudah kehilangan taring dan tidak lagi agresif seperti dahulu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, beliau turut mengingatkan pihak berkenaan melihat kekuatan sokongan diterima daripada golongan muda dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, pelbagai pihak boleh membuat tanggapan masing-masing tetapi beliau mengetahui kekuatan sebenar Pemuda UMNO.

"Bahkan saya yakin dengan kemampuan jentera Pemuda UMNO dalam menangani pelbagai isu selama ini. Sebagai contoh, kita tengok semangat ditunjukkan Pemuda UMNO dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang melaksana banyak program turun padang secara tersusun," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa di Felda Krau 1 di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abd Aziz Kiram dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Raub, Haris Fadilah Abu Samah.

Berucap dalam majlis tersebut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan memberitahu, pihaknya sentiasa mencari jalan bagi memperkenalkan program belia terkini bagi memastikan mendapat sambutan golongan muda.

Katanya, kegagalan menyediakan program bersesuaian mengikut peredaran masa bakal menjadikan fungsi kementerian itu tidak relevan.

"Perkara ini akan terus diberi keutamaan kerana kita mahu golongan muda didekati melalui pelbagai program yang mereka suka dan perlu membabitkan lebih ramai kaum agar hasrat kerajaan mengukuhkan perpaduan dapat dicapai," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment