My Add

Friday 26 July 2013

Datuk Bandar Savar ditahan

DHAKA, KHAMIS, 25 Julai , 2013: Datuk Bandar Savar, Mohammad Refayet Ullah ditahan polis Bangladesh, semalam atas peranannya meluluskan pembinaan bangunan kilang pakaian yang tidak berkualiti dan runtuh pada April lalu hingga mengorbankan 1,129 orang.

Mohammad ditahan di ibu negara Dhaka lewat semalam, tiga bulan selepas bangunan Rana Plaza itu runtuh, satu daripada bencana industri terburuk di dunia.

Ketua Polis Tempatan, Mostofa Kamal berkata, Mohammad yang digantung tugas sebagai datuk bandar, dikehendaki untuk soal siasat berhubung runtuhan bangunan sembilan tingkat itu pada 24 April lalu.

Menurut pasukan penyiasat kerajaan yang telah memeriksa tapak kejadian, kontraktor menggunakan bahan binaan tidak bermutu untuk melakukan penambahan tiga tingkat ke atas bangunan yang pada asalnya enam tingkat. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment