My Add

Friday 26 July 2013

Muhyiddin rai warga media dalam majlis berbuka puasa

 * MUHYIDDIN Yassin berbual mesra dengan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin ketika meraikan lebih 500 pengamal media daripada kalangan warga media cetak dan elektronik serta blogger pada majlis berbuka puasa di pekarangan kediaman rasmi beliau di Sri Satria, Putrajaya, malam tadi. - utusan/HANAFI KHAMIS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meraikan lebih 500 pengamal media daripada kalangan warga media cetak dan elektronik serta blogger dalam majlis berbuka puasa di perkarangan kediaman rasminya di Sri Satria, di sini hari ini.

Sejurus tiba di kawasan khemah tetamu kira-kira pukul 6.30 petang, Muhyiddin terus berbual mesra dengan beberapa tokoh media.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad.

Turut kelihatan ialah Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar, Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong, Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid.

Tetamu lain termasuk Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A. Talib, Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohammad Jawhar Hassan dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid.

Turut menjadi tetamu yang diraikan dalam majlis itu ialah pelajar Sekolah Seri Puteri Cyberjaya yang berjaya mengharumkan nama negara selepas memenangi anugerah emas di Australia International Music Festival (AIMF) yang berlangsung di Sydney dari 7 hingga 14 Julai lalu.

Muhyiddin kemudiannya menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada kira-kira 80 orang anak yatim dan golongan asnaf dari Lembah Subang.

Majlis bersurai selepas Muhyiddin serta tetamu menunaikan solat tarawih. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment