My Add

Monday 15 July 2013

Dua daripada tiga suspek kes bunuh wanita China disambung reman

BALIK PULAU, ISNIN, 15 Julai, 2013: Dua daripada tiga suspek yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang wanita warga China di Bukit Genting di sini disambung reman hingga Sabtu ini.

Mereka termasuk seorang suspek yang dipercayai teman lelaki mangsa.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Superitendan Hatta Md Zin, berkata polis memohon untuk menyambung reman dua lelaki berkenaan bagi melengkapkan kertas siasatan.

Sementara seorang lagi suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Mayat wanita berkenaan ditemui di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara White Resort pada Isnin lalu.

Siasatan polis mendapati warga China berkenaan dikenali sebagai Jun Xing, 37, pekerja sebuah pusat kecantikan di Georgetown dan tinggal di Pulau Pinang sejak lima tahun lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment