My Add

Friday 26 July 2013

Empat penyamun larikan barang kemas RM300,000

PETALING JAYA, KHAMIS, 25 Julai, 2013: Empat penjenayah melarikan tujuh dulang barang kemas bernilai RM300,000 selepas merompak sebuah kedai menjual barangan itu di Jalan PJS 2/16 Taman Datuk Harun di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, seorang lagi rakan penjenayah itu memandu sebuah lori simen dan memberhentikan kenderaan itu di depan kedai emas tersebut bagi mengelak jenayah mereka disedari orang ramai.

Kumpulan penjenayah berkenaan dikatakan membawa sepucuk pistol namun tidak melepaskan tembakan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, premis tersebut kerugian sebanyak RM300,000 dan tiada mangsa cedera dalam rompakan tersebut.

"Ketika kejadian terdapat tiga pekerja dalam kedai. Suspek menggunakan parang dan tukul besi untuk memecahkan cermin pameran sebelum lari menggunakan motosikal.

"Kedai emas itu tidak mempunyai pengawal keselamatan tetapi mempunyai CCTV (kamera litar tertutup)," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment