My Add

Thursday 25 July 2013

Endot anggap kekalahan sebagai takdir Allah

 * CALON Pas, Endot@Azlan Yusof tertunduk selepas tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, pada sidang akhbar selepas pengumuman keputusan pilihan raya itu, di Markaz Pas di Kg. Baru, Kuala Besut malam tadi. - UTUSAN/IRWAN MAJID
BESUT, IKHAMIS, 25Julai, 2013: Calon Pas, Endot @ Azlan Yusof, menerima kekalahannya di tangan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dengan menyifatkannya sebagai takdir Allah.

Kontraktor yang dikatakan banyak menyumbang kepada dana partinya itu berkata, pengalaman yang dilalui sepanjang berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut menjadikannya lebih matang.

Menurut Endot, beliau menerima kekalahan dengan hati terbuka dan menganggap ia adat pertandingan, walaupun sudah berusaha sebaik mungkin sepanjang 12 hari tempoh berkempen.

Walaupun tewas, beliau tidak menolak akan terus menjadi calon sekiranya diberi kepercayaan sekali lagii pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

"Saya kalah, tetapi saya gembira kerana kerajaan BN menjanjikan pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM400 juta untuk rakyat Kuala Besut.

"Selepas ini saya akan terus memperjuangkan Islam bersama Pas dan InsyaAllah tidak menolak jika dicalonkan lagi walaupun ia bukanlah keutamaan saya," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Pas d Kampung Baharu, Kuala Besut, di sini, malam tadi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment