My Add

Tuesday 16 July 2013

Ezany akhirnya dapat RM3,500 baki wang lakonan

 *EZANY bersama Freddie Fenandez (kanan) menunjukkan surat aduan kepada Seniman sebelum ini mengenai masalah baki bayaran lakonannya, pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel di ibu negara, semalam. - UTUSAN/NOOR ASREKUZAIREY SALIM
KUALA LUMPUR, SELASA, 16 Julai, 2013: Pelakon Ezany Nizariff akhirnya berjaya dalam tuntutannya terhadap syarikat produksi NR Network bagi mendapatkan baki pembayaran wang hasil lakonannya berjumlah RM3,500 dalam drama berjudul Titisan daripada syarikat itu pada 7 Julai lalu.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, tuntutan tersebut dibuat hasil rundingan yang telah dilakukan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez selama kira-kira seminggu selepas tuntutannya sebelum ini tetapi hanya menemui jalan buntu.

"Sebelum itu pada 25 April lalu saya telah meminta bantuan daripada Persatuan Seniman Malaysia tetapi selepas hampir dua bulan mereka gagal menyelesaikan masalah saya. Saya kemudiannya telah membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada 17 Jun lalu berhubung perkara itu.

"Selain saya yang telah menjalani penggambaran Titisan di Seremban, turut menuntut baki pembayaran yang belum dijelaskan oleh syarikat produksi itu ialah enam tenaga kerja di belakang tabir drama itu dan ia juga berjaya diselesaikan oleh Karyawan," katanya.

Ezany yang mengadakan sidang akhbar bersama Karyawan sebelum majlis berbuka puasa di Hotel Seri Pacific di sini semalam dengan ditemani Pengurus Besar Karyawan, Ahmad Abdullah dan seorang ahli persatuan itu Din Mydin lega apabila kemelut itu telah berakhir. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment