My Add

Wednesday 17 July 2013

Gempa bumi 5.3 skala Richter landa Taiwan

TAIPEI, SELASA, 16 Julai, 2013: Satu gempa sederhana berukuran 5.3 skala Richter menggegarkan bangunan-bangunan di bandar raya ini, hari ini.

Menurut Pusat Seismologi, pusat gempa direkodkan 32.6 kilometer ke utara barat laut daerah Hualien dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran gempa itu boleh dirasai hampir di semua kawasan di Taipei.

Bagaimanapun, gempa itu tidak menyebabkan sebarang kemusnahan atau kecederaan. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment